F A K E S M I L E


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FCBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW

Macam mana nak dapat ramai Followers??

huh..follower?..ada yang tak kesah ada yang kesah..tapi macam mana nak dapat follower ramai..hurm..soalan itu diajukan pada fie oleh seorang rakan blogger di facebook..
fie rasa macam fie belum layak lagi nak berkongsi tips..ramai lagi blogger yang follower mereka “berjuta-juta lemon” dari fie..tapi apa yang fie boleh bagi ni adalah berdasarkan pengalaman fie berblogging ni…tak kisah lah dari pembacaan fie dekat blog orang lain mahupun yang fie sendiri praktikan..
yang pertama dan paling penting ..entri yang berkualiti
dalam blogging sudah semestinya faktor entri memainkan peranan terpenting..cuba kita hasilkan entri yang dapat grab minat ramai orang..dan untuk menghasilkan entri berkualiti, gaya penulisan dan idea sangatlah penting..aku ambil contoh mr.k..kenal kan?..yes..cara dia mengayat dalam setiap entri dia even panjang buat orang tertarik..so dengan senang hati dorang tekan follow..
even aku sendiri masih tercari-cari untuk menghasilkan entri yang ada “Xfactor”..
yang kedua…rajin kunjung mengunjung (blogwalking)
yela..dunia blog ni macam kita hidup dalam satu komuniti kejiranan..so nak kenal jiran kita hendaklah kita rajin-rajin berkunjung kerumah mereka..dan sekali sekala join kenduri kendara dorang..dapat tak konsep yang aku cuba maksudkan ni?..
yang ketiga..rajin-rajin komen
alang-alang korang dah berkunjung kerumah jiran anda tu kan..tak salah untuk masuk lepak bertanya kabar..janganlah kita sekadar bertegur sapa di depan pintu pagar..tak manis kan macam tu?..so kena lah rajin dan beramah mesra dengan tuan rumah..
keempat..lepak di group-group blogger
ini salah satu cara yang aku rasa 2 in 1..disamping korang boleh tambah follower..korang boleh lagi rapat sesama blogger..sebab dekat facebook ia akan lebih terbuka maksud aku hubungan komunikasi sesama blogger tu..sebab dalam blog kita just drop komen dan kemungkinan untuk dibalas bergantung pada tuan blog..so dekat facebook biasanya lebih mudah ..korang boleh promote blog korang kat situ..
kelima..personaliti blogger tu sendiri
ujang…dengan perangai tak berapa nak matang dia tu dia boleh grab minat pembaca..nazirul dengan entri-entri hangit dia..yuyu zulaikha dengan entri dia yang sempoi-sempoi ditambah dengan kecomelan dia..izamir ridzwan dengan entri-entri yang menjurus pada tips..ayeem ayaam ..faiz tapit , hamzah ian…tiga orang ni pun sama..imej dan identiti dorang yang agak gila-gila dapat tarik minat pembaca..
tapi tak adil la kan, semua contoh ni aku bagi mostly lelaki..tak kan gegurl pun nak buat entri gila-gila jugak?..aaah..tak sesuai la plak kan..cuba cari “xfaktor” …macam cik bulat..dia pandai design blog..shada wentz dia pandai melukis..see?..bukan entri saja tapi kemahiran seorang blogger pun boleh jadi faktor..
************
itu jela kot..berdasarkan pengalaman dan pemerhatian fie lah…even blog fie sendiri pun follower tak seramai blog-blog yang fie listkan dekat atas tu..dan fie rasa semua orang boleh dapat seperti mana blogger yang follower ramai tu..cuma apa yang perlu adalah usaha..nak sesuatu kalau tak berusaha susah la kan?
“yang bulat tak kan datang bergolek, yang pipih tak kan datang melayang..”

tapi konsep “i follow u, u follow me” macam mana plak?

bagi fie konsep ni ada baik buruknya..sebab jenis follower macam ni boleh jadi follower setia dan juga follower mee segera…so kita kena pandai-pandailah bagi yang terbaik untuk pembaca..dan satu peringatan, jangan lah cakap blogger tu sombong if dia tak follow kita atau balas komen kita ..blogger pun manusia..kalau jenis mengadap laptop 24 jam lain la..



IH : fie harap apa yang fie kongsi dapat membantu serba sedikit..sebab fie tak pandai sangat nak bagi-bagi tips..hehehe..tapi macam panjang la plak..harap korang tak penat baca..
- See more at: 

0 comment[s] | back to top